BIASISWA TEMPATAN YAYASAN SARAWAK (BTYS)
Skim Biasiswa Tempatan Yayasan Sarawak (BTYS) ini merupakan satu
inisiatif bagi membantu pelajar-pelajar Sekolah Menengah yang kurang
berkemampuan / miskin bermula daripada Tingkatan 2 hingga ke Tingkatan 5 bagi
membiayai kos persekolahan mereka.
Permohonan:
Semua permohonan adalah melalui pihak sekolah
Tempoh Permohonan:
12 Ogos 2024 sehingga 6 September 2024
Kaedah Permohonan:
Biasiswa ini dibuka permohonannya sekali setahun secara atas
talian melalui aplikasi My-Yayasan yang mana pihak sekolah perlu mengemukakan
permohonan masing-masing.
Syarat-syarat permohonan:
- Pemohon
mestilah Anak Jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau
kedua-duanya) anak jati Sarawak.
- Terbuka
kepada pelajar Sekolah Menengah Kerajaan yang berada di Tingkatan
2 SAHAJA dan bersekolah di Sarawak.
- Pelajar
yang telah menerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada kerajaan atau
mana-mana agensi lain, TIDAK LAYAK menerima biasiswa ini.
- Tidak
mempunyai MASALAH DISIPLIN BERAT (rujuk SSDM) di sekolah.
- Tapisan
pemilihan pelajar adalah berdasarkan pendapatan perkapita keluarga yang
telah disahkan oleh pihak sekolah iaitu RM1,500 dan ke bawah.

Kadar tanggungan:
Ibu/bapa, datuk/nenek, anak-anak yang bersekolah Rendah/Menengah / tidak bersekolah = 1.0
Anak-anak melanjutkan pelajaran ke IPT = 1.5
Anak-anak OKU/ tanggungan OKU = 1.5
Kadar Pembayaran:
- Kadar
biasiswa adalah sebanyak RM800.00 setiap tahun untuk setiap penerima
BTYS.
- Pembayaran
akan dibuat 2 kali setahun iaitu RM400.00 pada bulan Ogos dan
Oktober setiap tahun.
- Penerima
BTYS WAJIB mengemukakan salinan MYKAD dan ***slip akaun BANK SIMPANAN
NASIONAL (BSN) kepada pihak sekolah bagi tujuan penyaluran biasiswa.
****SLIP AKAUN BANK HANYA DIKEMUKAKAN SETELAH PERMOHONONAN DILULUSKAN.